Bahasa Melayu Moden- Tokoh dan Penubuhan


1. sumbangan tokoh

(a) Zainal Abidin bin Ahmad (16.9.1895 hingga 23.10.1973)

- Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dilahirkan di Seremban.

-Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (bidang bahasa Melayu dan Arab) dari Universiti London (1953).

-Kerjayanya sebagai guru bahasa Melayu bermula di English College, Johor Bahru.

-Beliau pernah menjadi penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, dan Penterjemah Kanan di Pejabat Pelajaran, Kuala Lumpur.

-Beliau juga pernah menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies di London, dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Singapura.

-Beliau menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) bersama-sama dengan pengetuanya, O.T. Dussek (1924), dan penasihat Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) semenjak penubuhannya sehinggalah 1942.

-Beliau menghasilkan beberapa buah buku tentang peraturan bahasa Melayu yang dijadikan rujukan utama ahli bahasa selepasnya. antaranya:


   (i) Ilmu mengarang Melayu


  • Buku ini mengandungi 16 bab,
  •  memuatkan hal-hal mengarang, gaya bahasa Melayu dan bukan Melayu, pemindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata pinjaman daripada bahasa asing, dan loghat daerah. 
  • Buku yang diulang cetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi sehingga 1956 ini pertama kali dicetak dalam tulisan Rumi pada tahun 1962.    


   (ii) Pelita Bahasa Melayu I (1940)


  • membicarakan tentang nahu Melayu dalam tulisan rumi


   (iii) Pelita Bahasa Melayu II (1940)


  • Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat rendah


   (iv) Pelita Bahasa Melayu III (1940)


  • Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat tinggi.


   (v) Daftar Ejaan Melayu (1941)


  • Buku ini memuatkan daftar perkataan Melayu dengan ejaan Jawi dan Rumi, serta peraturan ejaannya. 
  • Beliau juga pernah ingin menerbitkan “Kamus Bahasa Melayu” tetapi digagalkan oleh O.T. Dussek.
  •  Za’ba diberi gelaran :
            - Pendeta dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru (1956)
            - gelaran Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959) dan Universiti Kebangsaan                            Malaysia (Jun 1973).
            -dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Datuk dan                               kemudiannya Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong (1962).


   (vi) Mohd Asraf bin Hj. Abd. Wahab


  • Latar Belakang


-Mohd Asraf bin Hj. Abd. Wahab (Asraf) dilahirkan di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor. 

-Pendidikan diperolehnya di sekolah Melayu di kampungnya (hingga 1937), High School Klang, Batu Road School, Kuala Lumpur, dan Victoria Institution (hingga 1949). 

-pernah menjadi pemberita dan anggota Sidang Pengarang di Utusan Melayu, Singapura (hingga 1957), kemudian menjadi pengarang, ketua pengarang, dan pengurus di Oxford University Press. 

- pernah bertugas sebagai perunding, pengurus redaksi, dan pengarah eksekutif firma McGraw Hill Far Eastern Publisher (1973-1977), dan kemudiannya menubuhkan syarikat penerbitan sendiri, Analekta Sdn. Bhd. (1977).


-Pada awalnya beliau menumpukan perhatian kepada penulisan karya sastera yang bercorak kreatif, rencana dan kritikan. Pada awal 1970-an, barulah beliau mengkhusus dalam bidang bahasa.


  • Hasil Karya

-Beliau menghasilkan buku tatabahasa Melayu, antaranya Mari Kita Belajar Bahasa Buku 1, Kamus Progresif (Inggeris-Melayu), dan Bahasa Malaysia Baku KBSM.

- Huraiannya tentang empat pola ayat inti telah diterima dan dilaksanakan dalam sukatan pelajaran KBSR dan KBSM.

-Beliau turut terlibat dengan pembentukan sebutan baku bahasa Melayu (1980-an), menjadi pakar runding di Dewan Bahasa dan Pustaka, terlibat dengan projek Kamus Pelajar dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan.


  • anugerah
-Beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Sastera Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (1983), 

-Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa Sepanjang Masa oleh Persatuan Linguistik Malaysia (1997).



2. Tokoh Penubuhan

(a) Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (1888-1941) 

-Pakatan ditubuhkan di Johor Bahru yang diasaskan oleh Abdul Rahman Andak. Badan ini merupakan badan bahasa dan sastera yang terawal di negara ini. Pada 7 April 1934, pakatan ini dikenali dengan nama Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-Buku Diraja, dengan tunjangan tahunan daripada Sultan Ibrahim. 

-Tujuan penubuhannya untuk mengkaji dan menerbitkan buku-buku bahasa, sejarah dan kebudayaan, serta menggalakkan orang Melayu menerbitkan karya untuk memperkaya perbendaharaan sastera Melayu. 

-Pakatan ini berjaya menerbitkan majalah Peredar, serta menerbitkan buku-buku, antaranya Jalan Basa Melayu (1937), Buku Katan (1936-1937), Perihal Tanah Jawa (1939), dan Peribahasa (1930). Selain itu, Pakatan turut mencipta istilah terjemahan, antaranya “setiausaha” (secretary), “pejabat” (office) dan “kerja raya” (public works) yang digunakan hingga sekarang.


(b) Pejabat Karang-mengarang (1924) 

-Pejabat Karang-Mengarang ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris (1922), hasil cadangan O.T. Dussek (Pengetua MPSI) dan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), dengan pembiayaan oleh Negeri-negeri Selat dan Negerinegeri Melayu Bersekutu. 

-Pejabat beroperasi sehingga 1957 sahaja apabila peranannya diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Badan ini lebih banyak menumpukan perhatian kepada penerbitan buku-buku sekolah Melayu dan kegiatan menterjemah buku, di samping penerbitan buku-buku umum. Sehingga 1941, Pejabat menerbitkan 85 judul buku teks sekolah. 

-Sehingga 1957, Pejabat berjaya menerbitkan 64 judul buku terjemahan untuk perpustakaan sekolah dan bacaan umum, antaranya Cerita-cerita Sherlock Holmes, Sang Lomeri, Aladin dengan Lampu Ajaib, dan Cerita-cerita dari Istana Alhamra.

- Penterjemahan dilakukan oleh Abdul Kudus Muhammad, Abdul Rahman Yusof, Yazid Ahmad dan Ahmad Murad Nasaruddin.
   
-Buku-buku bahasa yang diterbitkan ialah hasil tulisan Za’ba


(c) Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) (15 April 1934) 

-Penubuhannya lebih kurang semasa dengan penubuhan semula Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa. 

-Paspam berkembang di seluruh Tanah Melayu, Sarawak dan Brunei. Jumlah ahlinya mencecah 12,000 orang. 

-Za’ba menjadi penasihat badan ini dari awal sehingga terhenti pada sebaik sahaja pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942).


TUJUAN:

- menggalakkan karang-mengarang dan baca-membaca dalam bahasa Melayu, meluaskan pengetahuan sejarah, adat resam dan bahasa Melayu, dan mahu menubuhkan perpustakaan untuk kegunaan ahli-ahlinya.
 


(d) Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) 

-ASAS 50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura dan didaftarkan pada tahun 1951. 

-Antara pengasasnya ialah Muhammad Arif Ahmad (Mas), Kamaludin Muhammad (Keris Mas), Hamzah Hussein, Jimmy Asmara dan Rosmera. 

-ASAS 50 menggubah dan membaharui perkataan-perkataan untuk memperkaya bahasa, dan turut menjayakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM) I

-Pertubuhan ini menyokong penggunaan tulisan Rumi sebagai tulisan bahasa Melayu moden untuk memperkembangkan kesusasteraan Melayu dalam KBPM II, membentangkan kertas kerja tentang ejaan dalam KBPM III, dan mencadangkan sebuah badan bahasa seperti Balai Pustaka di Indonesia, yang kemudiannya mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka di Johor Bahru (1956).

TUJUAN:

- untuk memperjuangkan dan mempertinggi bahasa. kebudayaan dan kesusasteraan Melayu. Ahli-ahli mempelajari dan menulis karangan-karangan sastera, pengetahuan dan peradaban, mengadakan syarahan dan perdebatan tentang sastera dan bahasa. Karangan ahli-ahli diberikan bayaran yang sepatutnya dan dilindungi dari segi undang-undang. Pertubuhan ini berjuang dalam bidang kesusasteraan dengan konsep “Seni untuk Masyarakat”. 


(e) Dewan Bahasa dan Pustaka

- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru sebagai sebuah jabatan kerajaan. Taraf itu ditukarkan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959). Dengan itu, DBP mendapat autonomi untuk menggubal dasar-dasar yang khusus, serta menyusun pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan sendiri. Badan ini terletak di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia.

-Matlamat DBP mengikut Akta DBP 1959 adalah untuk: 

 memperkembangkan dan memperkaya bahasa kebangsaan
 memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan 
 mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain
 menstandardisasikan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah teknik yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

-Bahagian Peristilhan bertanggungjawab membina dan mengembangkan istilah untuk memperkaya dan memperlengkap bahasa Melayu. Kerja-kerja pembinaan, penyelarasan dan pengemaskinian istilah dilaksanakan oleh pelbagai jawatankuasa istilah. Jawatankuasa-jawatankuasa ini dinasihati Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (mulai 1975)

-DBP juga bertanggungjawab menyusun dan menerbitkan pelbagai jenis kamus. 

-Kamus-kamus yang diterbitkan terdiri daripada kamus ekabahasa seperti:

  Kamus Dewan. kamus dwibahasa seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan, kamus umum pelbagai        bahasa seperti Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-Bahasa Cina, kamus istilah dalam pelbagai      bidang sains asas, sains kemasyarakatan, dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, DBP sebuah badan yang dipertanggungjawabkan sebagai pengemudi dalam proses perancangan bahasa Melayu. Proses yang dijalankan ialah pengekodan, pemupukan, dan penilaian.















Comments

Popular Posts