nota ringkas tokoh-tokoh Bahasa Melayu

Pengenalan


  • pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu terus berkembang pesat apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
  • Bahasa Melayu memikul dua tugas besar untuk mengisi kemerdekaan.
  • Pertama, bahasa itu menjadi bahasa pentadbiran
  • kedua, bahasa pengantar pendidikan.

Tokoh-tokoh Zaman Bahasa Melayu Pramoden

1. Sheikh Daud Abdullah

-Pada tahun yang sama, iaitu 1838M, Sheikh Daud Abdullah telah menghasilkan sebuah buku berjudul Fur u’al- m asa’il. 

- Buku ini merupakan terjemahan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu



2. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi

-lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi,
- dilahirkan di Kampung Masjid, Melaka.
-Tetapi banyak menghabiskan masanya di Singapura  kerana mengajar bahasa Melayu kepada orang-orang Inggeris 

Antara karya-karya dan penulisan yang dihasilkan ialah;

 • Syair Singapura Terbakar (1830). 
• Kisah Pelayaran Abdullah (1838). 
• Hikayat Abdullah (1849).
 • Kisah Pelayaran Abdullah Ke Jeddah (1854).
 • Dewa ul-Khulub (1883).
 • Majalah Bustan Arifin  

turut menterjemahkan karya dalam bahasa Hindi dan Inggeris.

 Antaranya:
 -Hikayat Panca Tenderan ke dalam bahasa Melayu yang diberi judul Hikayat Kalidah
 -Daminah yang dilakukan pada tahun 1835.


3, Raja Ali Haji (1809-1870)

-Raja Ali Haji Ibni Raja Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji terkenal sebagai ulama serta sasterawan Melayu terkemuka, 

-mempunyai latar belakang pendidikan Arab, namun, beliau masih mengekalkan unsur bahasa Melayu klasik yang banyak dipengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur bahasa Arab. 

-Karya-karya penulisan Raja Ali merangkumi pelbagai aspek seperti agama, bahasa , sastera, sejarah, dan undang-undang. Antaranya ialah;

    • Bustanul-Katibin Lissubyanil-Muta’alimi atau terjemahan bahasa Melayu ialah Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak-Kanak Yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia (1857). 

   • Kitab Pengetahuan Bahasa (1858). Kitab ini dipercayai kamus ekabahasa pertama yang disusun         oleh anak watan Melayu sendiri. 

   • Kitab Silasilah Melayu dan Bugis dan sekalian RajaRajanya

.  • Taufatul Nafis atau dalam terjemahannya, iaitu Hadiah yang Bernilai.

   • Syair dan Pantun : Syair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman                    Pertama, Syair Abdul Muluk dan Syair Hukum Nikah.

   • Karya Undang-Undang seperti Tamaral-al-Muhamed...Ahli’l-Mahkamah dan Mukaddimah fi              Intizam al-Wazaif al-Malik.


4. Pengeran Muhammad Saleh



  • Pengiran Muhammad Salleh atau nama sebenarnya Pengiran Syahbandar Pengiran Muhammad Salleh Ibnu Pengiran Sharmayuda diperkirakan hidup di antara abad ke-18 hingga anad ke-19.
  •  Beliau telah meninggalkan satu karya yang bersejarah yang diberi judul Syair Rakis
  • . Bahasa yang digunakan dalam Syair Rakis ini lebih tersusun dan pengaruh bahasa Arab tidak begitu ketara.
  •  Hal ini dapat dilihat melalui petikan Syair Rakis seperti: “Bismillah itu mula karangan Kisah rancana dagang buangan Di gunung larangan asmara guna Segenap desa pantai saujana Membawa nasib untung sendiri Masuk segenap desa dan negeri Seperti burung lepas tangkapan Bunga dan buah tiada dimakan Sebut namaku dagang asmara Bercarai (bercerai) dengan sanak saudara Namaku Misa Panji Larangan Sudah sekarang buang-buangan” 

  • Abad ke-19 merupakan zaman yang amat menyedihkan kerana hampir pupus semua wilayah Brunei ke tangan Inggeris. 
  • Pada saat inilah juga cendekiawan Brunei, Pengiran Shahbandar Pengiran Mohd. Salleh mencipta sebuah syair yang menimbulkan berbagai-bagai penafsiran sehingga nyawanya sendiri terkorban.  
              -Syair Rakis dipercayai dikarang pada tahun 1840-an. 

              -Pengiran Shahbandar Pengiran Mohd. Salleh mengarang syair ini semasa perjalanan pulang                 ke Brunei dari Mukah yakni tempat beliau membawa diri dan sesampainya ke Brunei                           dipersembahkannya kepada Sultan sebagai buah tangan.

              - Jalan bahasanya juga mudah difahami dan tidak mengelirukan kerana ia sudah menuju ke                    arah jalan bahasa Melayu yang sebenar

              - Wawasan atau pandangan atau nasihat yang terdapat dalam syair terhadap bangsa sendiri                     termasuklah politik, ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya Brunei.




5. Muhammad Ibrahim Munshi

  • Muhammad Ibrahim Munshi ialah anak Abdullah bin Abdul Kadir Munshi. 
  • Muhammad Ibrahim melanjutkan cita-cita ayahnya iaitu telah menyusun nahu bahasa Melayu
  •  Pada tahun 1878 M, beliau telah menghasilkan karya berjudul Kitab Pemimpin Johor.  
             -Buku ini adalah mengenai aturan bunyi bahasa Melayu, penggunaan perkataan dan jalan                      
             -bahasa Melayu. Kandungan buku ini dapat dilihat dalam pernyataan daripada petikan ini:                    “Ada pun isi kitab ini menyatakan bahasa dan pancaindera pertuturan serta aturan huruf-                       huruf dan bunyinya serta gunanya dan perkataan dan perenggan kata di dalam surat-surat                     Melayu serta syarat-syarat dan huruf-huruf saksi dan gantinya dan petua mengeja dan                           hubungan huruf- huruf serta pangkat-pangkat bunyinya dan tabi’atnya serta beberapa jenis                   tandatanda yang patut dipakai , kerana belum ada, serta nama- namanya dan kuasanya dan                   gunanya dan bahasanya dan tempatnya serta sebab-sebabnya dan sebagainya dengan                           sempurnanya”

  • Muhammad Ibrahim Munshi telah menubuhkan satu organisasi yang diberi nama Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa pada tahun 1888 M. 
           -Tujuan organisasi ini dibentuk adalah untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu                         supaya pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu. 
     
           - Usaha utama organisasi ini ialah menterjemahkan istilah atau perkataan dariada bahasa 
             Inggeris ke dalam bahasa Melayu. 

          - Antara perkataan yang dicipta oleh badan ini dan kekal hingga ke hari ini adalah seperti:
            
            setiausaha,pejabat, dankerjaraya. 

          -Kemudian, pada tahun 1934 M nama pertubuhan ini telah ditukar menjadi Pakatan Bahasa                   Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja dan dipimpin oleh Dato’ Abdul Rahman bin                       Andak 



6. Syed Mahmud, Alang Ahmad dan Munshi Sulaiman 

  •  Syed Mahmud terkenal kerana usahanya dalam menghasilkan buku ilmu pengetahuan.
             -Beliau dilihat lebih cenderung ke arah ilmu bahasa. 
 
             -Buktinya, beliau berjaya menyusunKamus Mahmudiyyah (1894 M ). 

             -Kamus ini kemudiannya di ulang cetak pada tahun 1925 M di Kota Bahru, Kelantan. 
     
            -Walaupun karyanya sekadar saduran ataupun terjemahan daripada bahasa Inggeris tetapi                     buku tersebut digunakan di sekolah Melayu pada masa itu.

  • Manakala Alang Ahmad dikenali dengan karya terjemahan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu yang diberi judul Hikayat Penerang Hati iaitu hasil tulisan Aesop’s Fables.

  • Munshi Sulaiman pula lebih menjurus ke arah karya kumpulan bidalan dan teka-teki. 



7. Munshi Muhammad Said 


  • Beliau adalah pengarang pertama akhbar Jawi Peranakan, iaitu akhbar Melayu pertama yang diterbitkan di Tanah Melayu pada tahun 1876 M. 
            -Isi kandungan akhbar ini berkaitan dengan berita dalam dan luar negeri, rencana berkenaan                 dengan nasihat dan juga iklan. 

           -Pada tahun 1880 M, untuk pertama kalinya terbit iklan yang berbunyi: “Hikayat Abdullah                    telah dicap semula oleh Asiatic Society, siapa yang berhajat memesannya boleh berhubungan              dengan pihak yang berkuasa Rumah Gambar Singapura” (Annas Haji Ahmad, 1982:218-219).

          - Sejak kemunculan akhbar ini, ia telah merintis kemunculan pelbagai surat khabar sama ada                  yang diterbitkan di Singapura, di Pulau Pinang mahupun di Perak.

         - Akhbar ini melanjutkan tradisi pengaruh Arab dalam bahasa Melayu dan sedikit demi sedikit               perkataan dan istilah bahasa Inggeris mula diperkenalkan. 




8. Sumbangan tokoh-tokoh Aceh: 


● Sheikh Nuruddin Al-Raniri telah mengarang beberapa buah kitab. Antara karya beliau ialah Sirat Al-Mustaqim, iaitu kitab fiqah Melayu yang terawal, Bustan Al-Salatin, Jawahir Al-Ulum, Lata’ifal Asrar, Syifa’ dan lain-lain. 

● Shamsuddin Al-Sumaterani. Antara hasil karya beliau adalah Syarah Ruba’I Hamzah Fansuri, Tanbihut- Tidlah dan Anwarud-Daqiq. 

● Abdul Rauf Singkel. Antara karya beliau ialah terjemahan kitab Tafsir Al- Quran Al- Baidawi, Kifayatul- Muhtajin, Mir’at Al- Tullab, Hujjatul Balighah, Syamsul- Ma’rifah, Umdat Al- Muhtajin, Mamu’ul Masail dan lain-lain. 

● Hamzah Fansuri terkenal dengan “Gurindam dua belas” dan syair sufi seperti “Syair Perahu”.




9. Sumbangan Johor-Riau

  • Sultan Abu Bakar Johor (1862-1895)
- baginda dianggap bertanggungjawab membawa Johor ke era moden ialah Sultan Abu Bakar. 

-Baginda memperkenalkan sebuah perlembagaan dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan melalui Hukum Kanun Johor yang Johor mengandungi 66 Fasal dan mula dipraktikkan mulai dari Sultan Mahmud hingga Sultan Sulaiman. 

-Kanun ini memaparkan undang-undang jenayah seperti membunuh, mencuri yang boleh berlaku di mana-mana,dan juga undang-undang mengenai tanaman dan binatang ternakan. 

-Terdapat fasal-fasal khusus dalam Hukum Kanun Johor, seperti hukum mendapat gading dalam sesuatu tanah (fasal 37), undang-undang menyinding rusa (fasal 17), orang yang mengadakan kenduri jika mahu menjemput penghulu atau pegawai terpaksa menyertakan sirih (fasal 49), juga peraturan protokol ketika raja berangkat. Selain itu, terdapat beberapa karya yang mengisahkan sejarah negeri Johor semenjak kejatuhan kerajaan Melaka kepada Portugis. 

-Antara naskah berbentuk prosa ialah;Hikayat Negeri Johor, Sejarah Peringatan Negeri Johor, Salasilah Melayu dan Bugis. Manakala naskah yang berbentuk puisi (syair), antaranya Syair Perang Johor karya sastera sejarah yang menggunakan peperangan sebagai temanya. 


  • pegawai-pegawai pentadbir Johor
-Pada tahun 1888, Dato’ Sri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak dengan kerjasama beberapa rakannya mengasaskan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa di Johor Bahru dengan matlamat untuk menanam semangat belajar dan menulis bahasa Melayu di kalangan ahlinya. 

-Pakatan ini berjaya menerbitkan buku karya Haji Said bin Sulaiman, Hikayat Queen Victoria (1904) dan Hikayat Johor (1908) serta karya Abdullah bin Rahman, Matahari memancar (1906).

- Kegiatan Pakatan ini pernah terhenti seketika apabila Abdul Rahman bin Andak dibersarakan pada 1909, kegiatan pakatan ini terhenti. Tahun 1934, pakatan ini dihidupkan kembali oleh Haji Mohd. Said bin Sulaiman dengan bantuan Dato’ Awang bin Omar, Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman dan Mejar Musa bin Yusof dengan nama baru, iaitu Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor. Pakatan ini dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. 

-Persatuan ini telah mengadakan kegiatan seperti menghasilkan buku, pembentukan istilah dan mengadakan majlismajlis ceramah dan perbincangan.

- Turut dihasilkan ialah karya-karya terjemahan seperti terjemahan terhadap Rubai Omar Khayyam, antaranya untuk dideklamasi dan dibincangkan dalam pertemuan-pertemuan anjuran persatuan dan sebagainya.

- Sumbangan Johor semakin terserlah dengan kelahiran tokoh-tokoh intelektual Melayu berserta dengan hasil karya mereka. Antaranya termasuklah Tuhfat Al-Nafis, Aturan Setia Melayu Bugis, Syair Maharaja Abu Bakar, Sejarah Tawarikh Johor dan Perundangan Johor. 

-Dari segi persuratan, beberapa karya lama telah disalin semula. Antaranya ialah Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Taj al-Salatin oleh Bokhari al-Jauhari, Undang-undang Johor, Hikayat Johor, dan banyak lagi.


















Comments

Popular Posts