Latihan Surat Rasmi


Soalan 1) Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak universiti dianggap memuaskan dan terbaik setakat ini. Namun terdapat beberapa perkara yang belum mencapai tahap kecemerlangan khususnya berkaitan dengan pelajar. Andaikan anda sebagai wakil pelajar, ingin memaklumkan perkara tersebut kepada pihak universiti. Tuliskan surat tersebut selengkapnya


Maisarah Adrina,
Universiti Indera Cahaya,
43600, Bangi
Selangor.                                                                                    Tarikh:06.02.2017
________________________________________________________
Profesor Adrian ( Hal Ehwal Pelajar)
Universiti Indera Cahaya,
43600 Bangi,
Selangor.

Tuan,

Perkara: pelajar yang belum mencapai tahap kecemerlangan

    Saya sebagai wakil pelajar ingin memaklumkan tentang perkara yang pihak universiti belum mencapai tahap kecemerlangan khususnya berkaitan dengan pelajar di Universiti Indera Cahaya.

    2. Saya ingin memaklumkan bahawa kelakuan pelajar di hadapan guru dan dibelakang guru amatlah lain. Di bilik masing-masing mereka tidak menggunakan bahasa yang sopan sesama rakan dan tidak menjaga batas pergaulan sesama lelaki dan perempuan.

   3. Kes buli di dalam kawasan universiti juga harus diambil tindakan oleh pihak atasan kerana ia semakin menjadi-jadi. Rakan saya yang merupakan salah satu dari mangsa buli juga berasa tidak senang dan tidak dapat fokus di dalam pembelajaran.

   4. Dari segi keselamatan pula, pengawal keselamatan tidak meronda kawasan universiti pada waktu tengah malam kerana didapati tidur di pondok keselamatan. Tindakan ini tidak patut dicontohi dan boleh menjejaskan keselamatan Universiti Indera Cahaya.

  5. Namun, perkhidmatan yang disediakan oleh pihak universiti dianggap memuaskan dan terbaik setakat ini.

6. Begitulah makluman daripada kami. Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah kami hargai. Kami mengucapkan sejuta terima kasih sekiranya dapat mengambil tindakan segera terhadap masalah ini.


Sekian.

Yang benar,


                   Maisarah
…………………………………………
(Maisarah Adrina binti Syahrul Hasni)

Wakil pelajar,
Universiti Indera Cahaya
Bangi Selangor.

Comments

Popular Posts