Peperiksaan Percubaan SPM 2017 (Johor)

Soalan 3: https://pppnukm.files.wordpress.com/2012/09/johorbmspmcuba2017k12.pdf

Jawapan:

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham             akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau               menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


   (i) Khadijah sentiasa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana           dia faham apa ynag diajari oleh gurunya.

   (ii) Ibu Rosnah memesan kepada anaknya untuk saling memahami dalam rumah tangga agar                     hubungan itu kekal lama.

   (iii) Untuk menjadi seorang doktor yang berjaya, insan tersebut perlulah mempunyai pemahaman               yang banyak dalam subjek Matematik, Biologi dan lain-lain.

   (iv) Tok Halim memesan keras kepada cucunya supaya tidak bermain di kawasan bangunan itu                   kerana banyak kes penculikan pernah belaku.

   (v) Adik dikejarkan ke hospital dengan cepat selepas termakan ubat pengeras getah penoreh getah            itu.

  (vi) John mengeraskan kembali aiskrimnya yang telah cair itu di dalam peti ais.



(b) Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah

   (i) “Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi seorang puteri raja,” kata Fatihah kepada rakannya.

  = Fatihah memberitahu rakannya bahawa dia bermimpi menjadi seorang puteri raja semalam.


   (ii) “Tolong, tolong! Anak saya terkunci di dalam kereta. Anak saya masih kecil dan tidak tahu membuka sendiri pintu kereta. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Latifah.

   = Latifah menjerit meminta pertolongan kerana anaknya yang masih kecil dan tidak tahu membuka pintu kereta itu terkunci di dalam kereta.
 

   (iii) “Cis! Aku pantang orang menuduh aku mencuri. Jangan sampai aku tahu siapa yang buat semua fitnah ini, habis aku kerjakan,” kata Pak Man kepada orang kampung.

   = Pak Man memberitahu orang kampung bahawa dia akan mengerjakan orang yang membuat fitnah itu kerana dia pantang dituduh mencuri
 


(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaandan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

   (i) Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di restoran nasi kandar kapitan yang sangat popular itu sebelum memulai lawatan ke Pulau Pinang.
 
   = Restoran Nasi Kandar Kapitan , memulakan

   (ii) Rakyat Malaysia ternyata kurang senam dan beriadah, sayogia hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti tersebut.

   = bersenam, seyogia

   (iii) Pihak kerajaan sedang bergiat memperlebar lebuh raya di Johor kepada tiga lorong untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.

   = memperlebarkan, lalu lintas



(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

   (i) Kebanyakan pemilik akuan rangkaian sosial menggunakan aplikasi tersebut untuk berkongsi maklumat dan mempromosikan barangan serta perkhidmatan di atas talian.

   = kebanyakkan, secara

   (ii) Faktor kewujudan kepelbagaian kaum-kaum di negara kita ialah kemasukan imigrasi asing dari China dan India semasa zaman pemerintahan British.

   = pelbagai, kaum

   (iii) Seni khat merupakan satu dari cabang kareografi yang berasaskan pertukangan dan semakin mendapat tempat dalam industri kraf tangan.

   = salah satu,  daripada



(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian lengkapkan ayat-ayat itu dengan peribahasa yang sesuai.

  (i) Mangsa-mangsa banjir yang telah kehilangan tempat tinggal itu berasa amat bersyukur dan berterimakasih kepada pihak kerajaan yang mengumumkan pembinaan rumah baharu untuk mereka. Mereka sangat berbesar hati dengan pengumuman tersebut bersesuaian dengan peribahasa _________________.

   = tiada rotan, akar pun jadi

 
(ii) Ketua kampung sering menasihati penduduk kampung supaya tidak mementingkan diri sendiri dalam kehidupan bermasyarakat di kampung itu. Mereka janganlah menjadi seperti __________________________.

   =  seperti  enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing


   (iii) Dalam mengejar cita-cita pelbagai kesukaran akan ditempuh, namun ibu sering kali berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa berusaha dan jangan mudah berputus asa kerana ____________________________ .
 
   =  hendak seribu daya, tidah hendak seribu dalih
 
 



 

 
 

 

 

Comments

  1. Tincantenna's - titanium jewelry mens
    Tincantenna's. The Tincantenna's is the nipple piercing jewelry titanium most powerful titanium mug instrument titanium solvent trap that can make jewelry a head titanium tennis racket living. It will turn any glass snow peak titanium spork ornaments into a

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts