Praktis 10


Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

-tembok
Tembok itu sangat kukuh kerana masih ada sehingga sekarang sejak dari tahun 1990 lagi.

-tembuk
Dinding rumahnya dipenuhi dengan tembuk akibat peluru senapang selepas peperangan yang baru sahaja berlaku di negaranya itu.

-telur
Ibu merebus beberapa biji telur untuk anaknya yang demam itu.

-telor
Apabila mendengar telor percakapan gadis itu, kami merasakan dia bukanlah orang Melayu.

-tempoh
Peserta pertandingan memasak kek itu diberi tempoh 90 minit untuk menyiapkan kek mereka.

-tempuh
Aizat dan rakan-rakannya mempunyai pelbagai halangan yang terpaksa mereka tempuh sebelum sampai ke tapak perkhemahan.


Comments

Popular Posts