Praktis 5

PRAKTIS 5

Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.


-gamat
Ibu Irfan menyapu minyak gamat di lututnya yang luka teruk itu dengan penuh kerisauan dan kasih sayang.

Suara sorak sorai peminat artis kumpulan Korea itu telah menjadikan suara konsert itu menjadi lebih gamat.

-diam
Sakinah duduk diam di sebelah Cikgu Ros selepas dimarahi olehnya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

“Diam!”, bentak Haikal yang merupakan ketua kelas 6 Intan apabila suasana kelas begitu riuh sekali dengan ketiadaan guru.

-bidang
Kakak akhirnya berjaya mendapatkan ijazah di Oxford University dalam bidang perubatan setelah lima tahun berusaha keras.

Pengarah filem itu mencari lelaki yang berdada bidang dan berbadan tegap untuk dijadikan sebagai watak utama dalam filemnya.





Comments

Popular Posts