Praktis 6

PRAKTIS 6

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


-bekalan
Ariesya bersyukur kerana mendapat bekalan berbanding dengan rakannya yang tidak begitu bertuah.

-pembekal
Penagih dadah yang mendapatkan dadahnya dari pembekal haram itu telah ditangkap oleh pihak polis.

-membekalkan
Tok Wan membekalkan anaknya sebuku roti dan sebilah pisau toreh sebelum pergi ke ladang getahnya.

-menaiki
Hussein sangat teruja untuk menaiki kapal terbang buat pertama kalinya.

-kenaikan
Kenaikan harga barang dapur menyukarkan keluarga yang susah untuk membeli barang keperluan.

-menaikkan
Zahara sebagai pengawas yang bertugas menaikkan bendera ketika menyanyikan lagu Negaraku di tapak perhimpunan.





Comments

Popular Posts