Praktis 9


Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

-bunga

Encik Faiz menghadiahkan tunangnya dengan sejambak bunga ros dan sekotak coklat mahal.

Alisya menangis keseorangan di dalam biliknya apabila mendapati suaminya memberi ayat-ayat bunga kepada sahabat rapatnya sendiri.

-haus

Adik menghabiskan terus sebotol air mineral itu selepas tamat merentas desa kerana sangat haus.

Tayar kereta Honda itu sangatlah haus dan boleh membahayakan pemandunya jika dipandu dengan laju.

-gugur

Faiqah tidak sabar untuk menunggu durian-durian di ladang datuknya itu untuk gugur.

Cik Nurul berasa sebak apabila menyikat rambut anaknya yang mempunyai penyakit kanser itu kerana rambutnya gugur dengan sangat banyak.




Comments

Popular Posts