Bahasa Melayu Moden- Tokoh dan Penubuhan
 1. sumbangan tokoh   (a) Zainal Abidin bin Ahmad (16.9.1895 hingga 23.10.1973)   - Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dilahirkan di Seremban.   -Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (bidang bahasa Melayu dan Arab) dari Universiti London (1953).   -Kerjayanya sebagai guru bahasa Melayu bermula di English College, Johor Bahru.   -Beliau pernah menjadi penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, dan Penterjemah Kanan di Pejabat Pelajaran, Kuala Lumpur.   -Beliau juga pernah menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies di London, dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Singapura.   -Beliau menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) bersama-sama dengan pengetuanya, O.T. Dussek (1924), dan penasihat Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) semenjak penubuhannya sehinggalah 1942.   -Beliau menghasilkan beber...
 

